Wednesday, July 3, 2013

Plan pertama: MENIPU STATUS & LATARBELAKANG

Abang di buang keluarga kerana perebutan harta.
Abang & kakak semua gila harta
Habis tanah2 abg dikampung dorang ambil

Sebab tu lah abg membawa diri ke hujung dunia, membina kerjaya & kehidupan sendiri seperti sekarang.
Dalam hidup abang cuma ada emak je dikampung yang selalu mendoakan anak dia

Kakak & abang anggapkan abang dah mati

Abang dah 10 tahun menduda
Abang ada keluarga angkat di JB
Dorang nak jodohkan abg dgn anak dia yg belajar di Mesir, tapi abg tak nak
Abg cuma nak sayang....
Abg percaya sayang boleh bahagiakan abg...(fuhhh...cairrr...)
Ex abang dulu anak sedara sultan pahang...
Dia &  bapa dia bpakat rampas harta yang abang ada
dulu kat Kedah abang ada 3 rumah semi D
Bulan2 abg yg bayar hutang rumah tu sampai habis
Abang dah tak ada apa2 harta...
Hidup abg cuma pk kerja...kerja..kerja...
Abg keja part time repair kapal...
Bulan2 ex cuma tau duit masuk akaun anak

Ex tinggal di Australia
Anak2 bukan dia jaga, pembantu yg jaga
Sebab dia sosial....kaki minum

Oooooo......siannya...(hu..hu...huuu)

"NAK MENIPU KENA ADA PLAN"

Ooooo...mmg niat nak menipu rupanya...
dan aku bukan orang pertama yg dia tipu
pasal tu lah dia dah plan baik punya
cuma kantoi sebab kawan sendiri bocorkan rahsia

Plan pertama: MENIPU STATUS & LATARBELAKANG

Plan kedua: BAGAIMANA NAK DAPATKAN DUIT, HARTA ATAU APA SAJA SECARA TERSEMBUNYI & TIPU HELAH

Plan ketiga: Cabut lari!

PROSEDUR MAHKAMAH....

Biasalah bila 3x dia 'melarikan' diri dari terima surat saman....last sekali kuar iklan kat Berita Harian!...
Glamor kejap..hahaa...abis semua org aku suruh beli surat kabar tu.....

Lawyer nak sepina abg dia..aku bilang xpayah lah
Lawyer nak sepina isteri dia kat Johor..aku bilang xpayahlah...
Buang masa je..mmg tak berani nak jumpa hakim...
dah le tak daftar...cakap je berdegar2...
Aku berdoa & bersolat hajat di masjid Kampung Hulu, Melaka
sekadar ambil berkat doa yg mustajab di situ oleh anak jati Melaka sendiri! ewahhhh
orang katalah...

Alhamdulillah....
Hakim mendengar segala afidavit dengan hati yg penuh keimanan,
bagaimana seorang suami telah menganiaya hidup isteri yg Allah amanahkan pd dia...

Alhamdulillah...tak lah sampai mati kena gantung tak bertali!...hahaaa
Dia kot yg nak kena gantung?....huhu

KITA SAMA2 LANTIK LAWYER, FIGHT DALAM MAHKAMAH..AMACAM?

Oooo....dia hantar sms suruh pakai lawyer...ok!...ni bukan soal nak tunjuk hebat ke hapa...ni soal nak mempertahankan diri aku yg dianiaya.

Aku tak sejahat dia...aku masih boleh pk anak bini dia yg nak dibagi makan...Ya Allah, napalah aku ni terlalu baik hati sangat..masih ada hati perut? Tapi dia?...

Kalau betul aku nak tuntut harta dunia yg dia dah ambil, aku mengadu je kat biro...tipu tandatangan aku masa beli keta...jual keta secara tak sah...dia yg kena sumbat dalam lokap, bukan aku! Sms aku dok ugut2 aku nak sumbat dlm lokap...hangin je adik aku baca mesej dia....

Kawan2 aku semua nak turun belasah dia....eehhh toksah...biar org lain yg belasah dia..bukan aku....

biar org lain yg belasah dia..bukan aku....
biar org lain yg belasah dia..bukan aku....
biar org lain yg belasah dia..bukan aku....

Sepandai2 tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah jua...aku kena pegang pepatah tu...
kerana kebenaran bukan dtg sekarang...kebenaran selalunya lambat...tapi berbaloi!

Berbalik pada lawyer...aku dah malas nak pk pasal dia..buat semak otak aku je...jadi lagi cepat aku bercerai dgn dia, lagi bagus...hakimpun suruh aku lantik lawyer!

Bila aku sms dia, mintak alamat utk mahkamah hantar surat...dia bagi alamat kat taman jaya, sungai petani....hahaaaa...dia xtau agaknya yg aku dah tau dia tak dok sana...hahahaa...entah alamat sapalah yg dia amik kat google tu ekkk

Dgn penuh sombongnya, "Aku tau selok belok mahkamah....kau takkan lepas sampai mati..."

Hahaaaa......sombongnyaaaaaa

Tapi apasal mahkamah hantar surat saman dia lari pulak?..kata anak jantan kannnn?....

LEPASKANLAH CARA BAIK SEPERTI YG ISLAM SURUH...

Ikut hati, aku yg patut marah & mengamuk...ni..dia pulak yg maki aku mcm2...ehh dah terbalik nih...
Memang saiko laa mamat ni...dia buat taik, aku pulak yg dia carutkan...ewahhhh....

Aku merendahkan diri mintak dia selesaikan cara baik. Untuk apa lgi aku jd isteri dia kalau dia sendiri dah tak mahu aku call dia, mesej dia...?...ingat aku ni anak kucing ke? Kalau dah tak nak, lepaskan cara baik...tau hukum hakam kan?...

Indahnya bahasa yg aku hantar pada dia...berpuluh surah2 yg aku kirimkan dengan harapan hati dia lembut lepaskan aku....Argghh...kalau dah setan, setan lah jugak...Aku mula sakit hati, geram....tapi belum tahap maki hamun atau mencarut. Walaupun org kata org Melaka ni bahasanya kasar! Tapi aku tidak...selembut2 bahasa...sebab apa?...Sebab aku org Islam, ada adab berkata...walaupun dia buat onar, aku tetap berkata dgn bahasa yg sopan...tidak sekalipun aku maki hamun dia...& KERANA AKU BERAKAL SERTA BERPELAJARAN LAGI BERILMU...jgn pulak jd bodoh mcm dia!
"PONTIANAK SUNDAL"
"PERGILAH MAMPOS POMPUAN SUNDAL!"
"BIAR BURIT TU BUSUK DALAM KAIN, SAMPAI TUA XDA ORG HINGIN"
"MUKA SEPUDAL MACAM...######"


Astagaaaaa....aku telan semua penghinaan dia...yuppp....aku org yg teraniaya, dianiaya....aku tak melawan, tidak membalas dgn kata2 kejian....Insya Allah aku panjatkan doa utk dia...yang terlalu sombong!

Sombong pada aku...sombong pada Mu ya Allah...dia rasakan undang2 ditgn dia..dia rasakan talak ditgn dia...mana amanah dia menjaga aku?...dia menipu aku...nafkahpun xpenah bagi...

Ya Allah, Kau tunjukkanlah kebesaran Mu pada dia diatas kesombongan dia diatas muka bumi ini ya Allah...sesungguhnya aku telah dizalimi olehnya....

Aku ceritakan pada mak...."Kau bagitau dia..pompuan sundal ni lah yg dia tergila2kan dulu! Haahhh...cakap macam tu pulak yea....dia yg sundal cakap org..."

KATA KAWAN BAIK DIA....

Aku seram sejuk nak call kawan baik dia. Sebab katanya dulu dia dah pukul kawan dia sampai masuk spital.

"Abg potong keta dia, abg brek.,..dia hentam keta abg, abg belasah muka dia dgn kayu sampai pecah...dia tak nampak sapa yg pukul dia...abg pakai keta lain, dia xcam keta abg. Esok abg bawak keta tu cat baru..."

"Ni abg kat depan balai polis tunggu kawan abg Ramli dr Kota Tinggi. Dia cover abg..."

" Ayang bakar sim card ayang tu sekarang! Nanti polis boleh detect"...fuhhh ketar lutut aku bakar simcard nombor kesayangan aku!....

Dok membayangkan kejap lagi kereta polis sampai depan umah...aduhh...sanggup bergelap dalam umah tuuu....cilakak betul kan?

Nak  tau kebenaran punya pasal, aku sanggup call kawan baik dia tu menggunakan public fon...mula2 cuak giler aku...

"Awak ok ke?"
"Ok? Ok je..apa yg tak OK?"
"Ehh...zul kata dia pukul awak sampai masuk wad..pasal cincin tu..."
"Dia kata semua org kampung heboh bercakap pasal dia..sampaikan anak2 dia kena ejek kat skola, dia anak beranak berkurung dlm umah.."
"Ehhh tak ada pulak dengar apa2...saya ok je xda sakit ke ..masuk spital ke...heheee...dia gelak"

Cinabeng betul kan?...

Abis tu dia ada kat situ lah?
Ada...dia nak pindah mana....sini dah jd kampung halaman dia!

"Saya punyalah  takut nak call awak, ni yg guna public fon... tak guna betul kan?"

Hahahaaa......sian awak kan?....sayapun dah lama xjumpa dia...

KATA SEPUPU DIA & ABG SENDIRI...

Aku nekad telefon sepupu dia kat kampung yg aku jumpa dulu...

Mula2 dia agak ragu2 nak bercerita. Bila nada suara aku mula bergetar....dia syak ada sesuatu yg tak kena!
Aku bercerita segala yg berlaku....dia terkedu...
"Saya ingatkan awak tau dia ada isteri...ingatkan sanggup berpoligami..."

"DIA TAK ADA KAT KAMPUNG NI...SAYA TAK NAMPAK PUN...."

!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! aku kena tipuuuuuuuuuuuuuuuu lagiiiiiiiii!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

"Dia sebenarnya penipu....banyak orang kampung ni yg kena tipu. Kalau awak nak tau, datang sini kita boleh sembang panjang.....pasal tu lah dia tak dok kampung Naa"....sob3

Aku call mak mengadu..."Kan aku dah kata!" "Dia tu menipu... Dia takkan pindahnya.
Dia kat Johor. Cuba kau tanya kawan dia..."

uwawawaaaaaaaaaaaaaaaaaa!!!!

Pelik tapi benar, sebelum kawin puas gak aku cari abg dia kat fb xjumpa2...tup2 lepas pecah tembelang, depan mata je dia muncul...

"Saya dah 10 tahun xjumpa. Tak tau sapa bini dia, dah mati dalam hidup saya..."
"Apa yg dia buat dulu...tuhan saja yg tau macamna azabnya saya..."
"Habis semua tanah2 dikg digadai...barang kemas mak sendiripun dia kebas..."
"Orang mcm tu biar mati tepi jalan je kena tembak!"

Gullppp....abg sendiri cakap mcam tu....
Haaa...apa lagi yg nak diharapkan dari dia?
Itu ke lelaki yg nak dibuat suami?
Janji nak bayar hutang dgn duit jual tanah hanya janji palsu jerrr....

AKU TAK LAGI TINGGAL DI JOHOR!

SMSMSMSMSMSMSMSMS....(cerita rekaan belaka!)
" Disebabkan engkau, satu kampung heboh bercerita...bini upah spy, sekodeng laki dia"
"Semua warung bercerita pasal aku sampaikan anak2 aku kena ejek kat sekolah, aku & keluarga berkurung dalam rumah"
"Aku sayang nak tinggalkan Johor, banyak kenangan & harta yg aku kumpul tapi terpaksa ditinggalkan kerana kau!"
"Aku satu keluarga trauma, kau tau tak?"

Tengah buat apa? "Berkemas, tunggu lori...petang ni bertolak ke Kedah"

3:00 pagi: Sms bagitau dah sampai Kedah....letih giler...(hhuuuuu!!!)

9:00 pagi: "Buat apa?" Rehat, Axxxxxxx yg uruskan mesin2 kat sawah...ermmm

4:00 petang: Abang tengah sibuk kat dapo, masak untuk kenduri...mak nak buat doa selamat sikit. "Oooo...doa selamat sebab anak kesayangan dia balik ekkk" "Kirim salam kat mak yea.."

5:00 ptg: Abang xtau nak makan apa, byk sgt lauk ni...he..he...

****Semua dia atas hanyalah cerita rekaan dia belaka....hahahaaa!! sian betul kan aku kena tipu hidup2?
Mati2 aku percaya dia dah pindah. Rasa bersalah pun ada...bila aku bgtau kat mak, mak marah..."Aku tak percaya dia pindah. Ingat senang2 ke nak pindah?"...gitulah naluri seorang ibu....

Esoknya dia sms bagitau demam pulak....4 hari demam, 2X ke klinik....

"Doktor bagitau abang sakit buah pinggang teruk.."

"Tolong jgn ganggu hidup dia dan keluarga dia...tolong bg dia peluang hidup"

Wahhh.....sakit pulak dahhh, tak lama je hidup...jgn ganggu?..ehh...napa pulak? aku ni sapa? gf dia ke?...kalau dah cakap mcm tu lepaskan je lah cara baik kan?

"Nanti abg Ramli datang cari kau dan selesaikan hutang2 dia.." wahhh....hebatnya abg dia...sanggp byrkan hutang2 adik dia yea...?

Aku call mak mengadu...."Aku tak percaya dia sakit...." uwawaaa...napalah aku ni lurus bendul sgt hahhh? Akupun pening nak percaya sapa?...Laki sendiri dah xleh nak percaya....aduhhh...serabut...

Yuppp...ni semua helah dia je nak lari dari hutang2....janji2 manis dia konon nak bayar semua hutang2 dia bila dapat duit jual tanah kat kampung! "Hujung bulan abg dpt duit jual tanah, setel semua hutang2...abg xnak ada hutang...nanti kita suami isteri bergaduh.." sedap je telinga aku dengar pengakuan seorang suami yg 'bertanggungjawab & prihatin" yekkk?