Saturday, May 26, 2012

KERETA DI TEMUI!!!......

Ikhtiar terakhir, aku iklankan di internet....di majalah.com (terima kasih sgt2)....2-3 x aku iklankan, masih xda tanda2....aku jd putus asa....

2 minggu lepas tu aku terima panggilan, budak tu ternampak iklan aku. Syukur Alhamdulillah.....rasa nak meraung bila terima panggilan telefon dari budak yg beli keta aku tu. 'KERETA ADA DI PERAK. SAYA BELI DR EX HUSBAND AKAK..10K."

10k?....aduhhh......sapa yg xnak?...Livina baru cuma 10k dan bayar je bulan2....xpayah susah2 nak sign apa2 dgn bank....tapi aku ni yg senak perot dibuatnya, sbb kereta tu atas nama aku.

"KALAU AKAK NAK BALIK, AKAK BAYAR SAYA 10K..." Aduh...mana pulak aku nak korek 10k?..dahlah sekarang menanggung hutang sengal tu...nak buat loan pun, baru je lagi....pening...pening......kalau boleh, aku xnak buat loan lagi...cukuplah loan yg ada....

Aku lega......walaupun xlega sangat.....atleast aku tau keta dimana & pd siapa. Pk duit 10k, tiba2 tali perot aku jd sempit semula...aduhh...mana pulak aku nak cekau duit ni.....

Seminggu  lepas tu budak tu bgtau, sengal tu minta dia pulangkan keta...dia nak tolak ngan broker pulak!...ewahhhh......suka2 hati je.....mentang2 aku pompuan, boleh buli aku sesuka hati yek! Aku pasrah....aku xda pilihan....apa nak jadi, jadilah.....akupun xda duit nak bayar kat budak tu. Ikutkan aku boleh rampas jer & xpayah bayar apa2....itu masalah dia ngan sengal tu....tapi aku xsekejam 'laki sengal' aku tu. Aku xnak naya budak tu....aku masih cari jalan terbaik nak selesaikan benda ni.....

Aku terjaga dari tido...ada mesej dr budak tu. "ESOK SY JUMPA AKAK KAT OFIS. NAK SIGN SURAT SAMBUNG BAYAR & COP PESURUHJAYA SUMPAH"

2.30 ptg-Aku pulak nervous nak jumpa budak ni. Bukan apa, aku bimbang dia bawak 'laki sengal' aku sekali....kalau boleh mmg aku xnak tgk muka dia lagi....silap2 aku jadi hang jebat lak kang.....

Ooo....ensem gak budak ni...hu..hu.....aku cuba bertenang, walaupun ada sedikit rasa bengang kat budak ni....Baca  surat aku janji tu & sign, rasa nak menitik air mata aku....akhirnya begini nasib kereta tu...jd mangsa keadaan....sob3...Lepas tu g Kompleks PKNS dapatkan 'cop mohor'....cuma bayar RM4 je!..Aikk....diacakap RM50 kat aku dulu, RM50...ermmmm....kena tipu lagi.....

Bab kereta dah boleh tido lena, yang buat aku tak lena ialah nak naik mahkamah syariah. Aku yakin mamat tu mmg xkan dtg....dia sendiri pernah sms aku, "KAU PEGILAH SORANG! AKU XNAK AMIK TAU SEMUA TU..." "KAU INGAT SENANG AKU NAK BAGI KAU KAWIN DENGAN ORG LAIN?...AKU NAK TENGOK MCMANA SEKSANYA HIDUP KAU DIGANTUNG TAK BERTALI.." Asataga....suami apa ni?...Tau hukum tapi buat naya kat aku?...Apa salah aku?...Sapa yg buat hal?..Dia yg tipu aku dan aniaya aku...aku pulak yg dihukum?...

DUA BULAN MENCARI KERETA....

Allah saja yg tahu dan melihat kesedihan aku, kepayahan aku menanggung semua ni. Aku dah xpk pasal dia...aku cuma pk pasal keta. Aku xnak kerana keta, hidup aku bermasalah dengan bank dan court...aku xsanggup nak layan semua tu!....

Dia xnak bg kerjasama, x mengapa...aku cari cara aku. Nak tak nak terpaksa aku call adik lelaki aku. Mengadu pada dia dan minta tolong kawan2 dia cari keta tu kat JB!....aku iklankan di fb....dengan harapan adalah sapa2 kat jb yg jumpa...

Malam2 aku xlelap mata, hanya mampu menangis.....entah berapa banyak air mata aku dah tumpah ke bantal....semuanya gara2 laki x bertanggungjawab tu!....sampai hati dia buat aku macam ni kan?...dahlah menipu aku...pastu tambahkan lg kesusahan aku di sini!....aku bingung, xda tanda2 kereta tu akan bertemu dgn tuannya semula...sob3...

Malam2 aku berdoa pd Allah, moga kereta tu ditemui.....aku mengharap sgt2.

Atas nasihat 'kawan', aku buat cover report. Itu sbg langkah selamat kalau terjadi kes jenayah, atleast aku dh maklumkan yg keta tu bukan pd aku.

Sebulan berlalu....hampa....makin jauh impian aku nak dapat keta tu balik. Entah2 dah sampai ke Siam?...Aku buat cover report lg sekali. Sana sini aku call...polis, lawyer...bank....semuanya aku minta pendapat....kesimpulannya, barulah aku tau....polis, bank, court...masing2 hanya cover peranan masing2 je....maknanya kuasanya terbatas....antara aku dgn dia masih sbg suami isteri, polis & court xda kuasa nak rampas keta tu...sebab dia laki aku!!!!!!!!!...............gggggrrrrr!!!!!

Bank cuma tau duit masyukkkk..."PAYMENT CANTIK NI KAK....TAKKAN AKAK NAK TARIK PULAK, NANTI SUSAH KAT AKAK....NAMA AKAK BLACKLIST"...aahh...korang mmg gitu...cuma pk untung jer...aku ni ada korang pk xlelap mata dibuatnya?....

Polis pulak...."KALAU AKAK BUAT REPORT KETA TU DICURI...ESOK2 KENA KAT AKAK BALIK, AKAK DITUDUH BUAT REPORT PALSU SBB NAK CLAIM INSURAN..."...aduhhhh...

Aku?....blurrrrrrRRRRRRRR!

KERETA AKU 'GHAIB' ANGKARA SUAMI DURJANA!..........

Sebelum kawin dulu beria2 memujuk aku beli keta.

"KALAU ABG SYGKAN PEREMPUAN, ABG SANGGUP BELIKAN KETA & BAYAR BULAN2..."

"KENAPA ABG TAK BELI GUNA NAMA ABG JE?"

"KALAU ABG BELI GUNA NAMA ABG, EX WIFE ABG...XPUN KAUM KERABAT ABG BOLEH TUNTUT HAK ABG.."

"ISHHH....DORANG MANA ADA HAK?...ABG ADA ISTERI...ISTERI LEBIH BERHAK?"

"ITU KATA AYANG...TAPI DORANG?...."

Errmmm.....semalamam aku pk kata2 dia...betul gak....lebih selamat beli atas nama aku kannnn....lagipun dia yg bayar, bukan aku.....oklah kalau mcm tu!

Itu waktu tengah bahagia, tengah tsunami mcm sekarang ni...mcm2 boleh jadi....
Aku dah nampak hubungan ni xboleh pegi jauh. Jadi lebih baik diselesaikan semua perkara cara baik.

Akupun rasa sakit ati gak, kat sini susah payah naik bas, naik teksi...jalan kaki g menapak ke ofis. Mamat tu sedap2 lenjan keta tu ngan bini dia jalan2 mkn angin. Masalahnya aku nak beli keta dah xlepas!...byk sgt loan atas nama aku...termasuk personal loan dia...sekarang aku yg mbayarnya setiap bulan!...Gggrrrrrr.....memang kes naya betul!...Aduhhh.....

Bila tembelang dah pecah, dia pun dah panas punggung...jadi sebelum aku tarik keta tu, dia jual keta tu dulu. Tu lah dia otak penipu....sentiasa pk mcmana nak pusing sana sini....aku gak yg lurus & xpk rancangan jahat dia tu....

"ABG DAH XNAK PAKAI KETA TU LAGI, ABG NAK JUAL....NAK TUKAR NAMA, ABG NAK RINGANKAN KOMITMEN KAMU...ESOK2 KAMU NAK BELI KETA, BELI RUMAH JADI SUSAH DISEBABKAN KETA NI..."

Sejuk skit hati aku dengar. Boleh gak pk kebajikan aku ni....akupun xsyak apa2....

"DUDUK DIAM2, JGN KECOH...ABG TAU APA NAK BUAT....ABG URUSKAN PASAL KETA TU..."

Akupun xpandai bab keta, apa yg baik pada dia...baiklah juga pada aku....dan aku xpk 'suami' sendiri nak naya aku dalam hal ni.

Dipendekkan cerita, dia bgtau nak dtg jumpa aku...nak g jpj & buat surat sumpah. Akupun berkobar2...sanggup amik cuti. Awal pagi keluar mencari lauk...masak lauk special, kenangkan 'suami' nak dtg...Ayam masak kurma kesukaan dia, rendang ayam, sambal udang...sambal belacan, telo dadar kosong kesukaan dia...semuanya aku masak dgn penuh ikhlas utk 'suami'.....perut lapar, tengok jam dah kul 3....tp xsampai2 lagi...aduhhh....

Aku sms, katanya kat hospital putrajaya tgk abg iparnya. Dia dgn kakaknya...ermmm...betul ke?...aku rasa cuak.....dia x ngam ngan adik beradik, mcmana boleh kakaknya luangkan masa utk dia?...kakak dia sendiri sibuk dgn kejanya.....& kenapa aku call dia xjawab call?...Pompuan?...Isteri baru?.....owwhhhhh.........kembang kuncup tali perut aku dibuatnya.

6.20 petang dia muncul dengan kereta 'baru'nya....sah keta aku dia dah jual. Tapi pada sapa?...dia janji nak bg semua dokumen pasal budak yg beli....tapi lepas tu dia pun ghaib! Aku dah rasa tertipu......aduhhh....kecut perut aku.....di mana kereta aku?...Dia dah jual kat Siam?....teringat kawannya bgtau dia nak jual kat sana kalau aku nak amik keta tu!...

Aku sms dia minta dia bg no fon budak yg beli keta aku. Dia x balas...terus dia offkan hp!.....Menggeletar badan aku dibuatnya......bergenang air mata bila ingat semua perbuatan dia pd aku.....sob3....

Friday, May 25, 2012

TRAGEDI SG RENGIT...

Bergetar hati aku tatkala lalu depan rumah dia...nampak terang, baju anak2 dia bergantung di depan....sob3...kesiannya aku...kena  tipu. Tak sangka, selama ni aku dengar cerita org dlm suratkabar...

Aku suruh Fairoz tinggalkan aku kat tepi jalan. Aku menapak ke kedainya, nak buat surprise!...Yeaa surprise...mmg itu niat aku sebenarnya datang ke sana. Konon surprise supaya laki sayang aku..rupanya surprise nak buat perhitungan malam nii....Aku berserah...

Aku muncul depan kedai dia...memang berubah air mukanya tengok aku di situ.

"Masuk dalam keta..."
"SAMPAI HATI ABG EK...SAMPAI HATI BUAT SAYA MCM NI....sob3"
"Abg cakap masuk keta..masuklah...nak semua org kat sini tengok ke?"

Aku masuk keta, dia cepat2 tutup kedai...aku menunggu dlm keta. Melihat sekujur tubuh yg dulu aku sayang, kini jadi benci!...Aku benci kau!! Aku benciiiiiiiiiiiiiii!!!!!!

"SAMPAI HATI ABG TIPU SAYA"
"Apa yg aku tipu kau hahhhhhhhhh?" Dia menjerit2 & memekik dlm keta...
"Puas hati kau?...Aku bawak kau jumpa xxxxxxxxxx....apa nak jadi, jadilah malam ni....biar kecoh satu kampung ni.....baru puas hati semua org!"
"BAWAKLAH...MEMANG SY NAK JUMPA PUN..."

Dia tekan minyak..hampir melanggar keta depan!

"Biar sama2 mati malam ni...dengan keta2 ni sekali aku bakarrrr!!!!"

Bakar?...aku dah ketar lutut...terbanyangkan wajah emak & ayah kat kampung....sob3...sedih....mak, mak tengoklah anak mak ni kena naya org...sob3

Ehh...kata nak pegi umah...xxxxxxxxxxx...tup2 dah sampai pekan Sg Rengit.....terus dia berhenti keta, turun dan bercakap sesuatu pd taukeh kedai....dia cakap apa ek?..aku mula cuak...."ABANG NAK BUAT APA?"

"Aku nak order arak, kita minum sama2 malam ni....biar mabuk...baru puas hati...."

Arak?...gila ke hapa?...seumur hidup aku xpenah minum arak!...aduhhhhh....
Aku terus keluar dari keta, dah berlari.....cuma yg ada dlm kepala waktu tu, aku mesti lari dari lelaki ni...aku rasa xselamat. Aku kena selamatkan diri aku.......Dia dah xboleh jadi pelindung aku...

Aku terus berlari....dia kejar aku dengan kereta..."Masukkkk!!! Semua org kat sini kenal abg. Jgn nak malukan abg. Masukkkkk!"...

Aku menggelengkan kepala...sambil fikiran mencari jalan bagaimana nak mengelak daripada dia tau aku tinggal di hotel mana....Aku kena ikut jalan yg keta dia xboleh lalu....aku terpaksa...aku kena selamatkan diri aku...Aku terus berlari tanpa menoleh lagi...lantaklah apa nak jadi malam ni.....

Aku terus masuk hotel....dalam keadaan takut dan menggeletar satu badan, aku terus bagitau pd budak receptionist...."DIK, KALAU ADA LELAKI KETA PUTIH DTG CARI AKAK, CAKAP AKAK XDA KAT SINI YEA...." "Ok kak...."

Aku terus naik ke bilik. Off hp....rebahkan badan ku atas katil dan menangis sepuas hati.....aku sedih...aku hiba...aku kecewa...Aku xnak sapa2 dengar aku menangis...aku tekap muka ku dengan bantal.....dan aku menjerit sekuat hati.....Semua kenangan datang di depan mata, aku mcm xpercaya.....suami aku tergamak buat aku macam ni!

Apa lagi yg mampu aku buat?...menangis...menangis....menangissss...

SIAPA SEBENARNYA 'SUAMI' AKU....

Di tepi pantai, kedai makan yg agak tersorok...dengan harapan 'suami' aku x nampak. Ada 2-3 keluarga yg sedang makan, sekali sekala memandang aku dan Fairoz dengan rasa curiga. Arghh..lantaklah. Aku ada masalah besar nak hadap.....

"SAYA NAK TANYA AWAK. BETUL KE CINCIN KAWIN SAYA TU...AYU YG BELI?"
"Cincin?....dia yg beli...dia sendiri pilih dan dia juga yg bayar"

"DALAM SURAT NIKAH, HARGA CINCIN 3 RIBU....TAPI SAYA TAU CINCIN TU MURAH JE...DIA KATA AWAK & AYU TIPU DIA. DIA BAGI 3 RIBU KAT AWAK...."
"Dia cakap mcm tu?...Saya sendiri terkejut waktu nikah, dia sebut pada tok imam, harga cincin 3 ribu...."

"SIAPA DIA SEBENARNYA? KENAPA DIA NAK MENIPU?...SAYA TAK SURUH PUN DIA BAGITAU SEMUA ORG MAS KAHWIN DIA BAGI BERIBU...SAYA SURUH BAGI DUIT JE...40 LEBIH..."

"DIA KEJA APA SEBENARNYA?"
"Dia bagitau awak dia keja apa?"

"PROJECT MANAGER...KAT KAJIMA, SINGAPORE"
"Dia keja sama macam saya..."
"KEJA APA?"
"xxxxxxxxxxxxxxxxxx.........."

Tergamam! Aduh...mcmana aku kena  tipu dgn org mcm ni?

"Dulupun dia penah kawan dengan pompuan kat Seremban. Dia amik keta pompuan tu...Dia kawan dengan pompuan cuma nak duit je.."

"Saya bagitau awak rahsia ni, tp jgn bgtau dia..."
"APA?"...Aduh...berdegup jantung aku menunggu ayat yg akan keluar dr mulut mamat ni..."

"Dia ajak sy ke Siam"
"BUAT APA?...CARI PELACUR?"
"Bukan...dia nak nikah lagi dgn janda"
"HAH?...." Rasa berhenti sekejap jantung aku....Nak nikah lagi? Baru 2 bulan bernikah dgn aku, dia nak nikah lagi? Gila ke??????

Hancurnya hati aku bila Fairoz bgtau rahsia ni....menggeletar satu badan aku. Lelaki yg bersumpah sayang aku dan aku org yg terakhir....sanggup buat aku mcm ni?....


"JANDA MANA?...DAH LAMA DIA KENAL JANDA TU"
"Lebih kurang dia kenal dgn awak. Janda tu duduk kat Shah Alam, xjauh dr rumah awak..."
"Janda tu pernah beberapa kali dtg sini jumpa dia...kitaorg lepak makan sama2..." sob333...

Sedih...kecewa...terkilan....mcm2 perasaan yg menyesakkan dada aku waktu tu. Sampainya hati 'suami' aku buat mcm ni kat aku.....

Malam tu juga aku minta tolong Fairoz bawak aku tengok rumah mertua dia dan rumah dia.....Riak muka mamat ni semacam, mesti bimbang aku nak mengamuk....

"SAYA BUKAN NAK TURUN...NAK LALU JE...NAK TENGOK DENGAN MATA SENDIRI...."

"AKU MASIH ISTERINYA YANG SAH!"...

Taraaaa.....aku buntu pk persoalan ni sejak dulu. 'Suami' xbg aku sms kat pompuan ni. Arghhhh....aku nekad! Apa nak jadi..jadilah!...

"Salam, saya nak tanya...adakah awak masih isteri Ahmad bin ?????...." Aduh, dia reply...ketar tangan aku pegang hp....ada airmata yg mula bergenang dlm kelopak mata sambil mengamati baris2 ayat sms tersebut..."AKU MASIH ISTERINYA YANG SAH! KAU JANGAN GANGGU HIDUP AKU! JGN SAMPAI AKU PERGI xxxxx JUMPA MAK AYAH KAU DAN BUAT KECOH DI SANA!"....

Ewaahhh...membara gak hati aku baca mesej pompuan ni! Nak je aku balas.....ermm...NAK DTG JUMPA MAK AYAH AKU?..SILAKAN....KALAU RASA TAK MALU LAA....SUAMI KAU TU PENIPU...MENIPU AKU!...MENIPU DUIT AKU UTK KESENANGAN KAU!...BELI KETA, KETA AKU YG KAU NAIK KE SANA KE MARI MAKAN ANGIN! X MALU KE?....Ggggrr....nak je aku ckap mcm tu...tp aku masih boleh sabarrrr.....

Hati aku sakit! Selama ni aku kena tipu hidup2....laki xguna! Aku blurrrr.....

Tiba2 aku teringatkan kawan baik dia. Yeaa...aku mesti call kawan dia...apa nak jadi, jadilah!...Alang2 dah sampai, biar semua yg kusut terlerai......aku nekad!

Jari aku ketar sewaktu dail nombor Fairoz.....

Tuesday, May 22, 2012

'TELOR' DAH RETAK....

ISHHHH...Bukan 'telo' dia yg retak...ahahaa...lucah le pulak!

Dia gak suruh aku buat istikharah. "Hubungan kita ni dah diambang kehancuran. Esok pagi buat istikharah..mintak petunjuk pada hubungan ni...". 3 pagi aku menadah tangan dalam bilik hotel sorang2, memohon Allah tunjukkan siapa suami aku....

Pagi tu aku mengikut kata hati. Dia dah bagi 'lesen besar', aku nekad keluar mencari dia di sana. Hati aku tak tenang. Berjam2 aku dilambung dalam perut bas, jauh lagi nak sampai. Tiba2 sms masuk...kereta aku dah siap servis?...aikkk...sapa hantar servis?...Laki aku?...dia bgtau smlm nak g wat keje partime kat tengah laut. Aku call balik no tu x di angkat pulak. Aduh...berdebar2 jantung aku....cuba buang jauh2 tapi soalan SIAPA YG HANTAR KERETA KE PUSAT SERVIS?...jeng..jenggg...jengggggg......

6 jam aku sampai di stesen bas pekan kecil tu. Naik teksi, terbang RM40. terus cari hotel...melilau cari hotel yg 'suami' aku cerita dulu. Last2 aku redah je hotel ni...kira ok la tuuu.
Petang tu aku lepak tepi pantai sorang2. Org kat situ pandang aku lain, tau aku org asing di situ...Lama termenung sambil mata memandang laut yg sepi dan tak bermaya, sama seperti aku ni.

TEMBELANG NAK PECAH...

Alahai 'bekas' suami aku ni. Kahwin baru 2 bulan, telur tembelang dah pecah. Nak sorok macamana? Basuh dengan 'soda powder' dan spray ralph lauren mahal aku tu sekalipun, baunya tetap hangit. Buat apa lagi disimpan?...(Buat apa simpan aku laaa...aku simpan dia nak wat apa....aku bagi makan buaya jer!)

Macamana boleh pecah?...biasanya telur dah pecah baru tau. Kes aku ni...dah terhidu awal dari jauh, beratus kilometer pulak tu. Itulah kuatnya naluri seorang isteri!...chewahhh. Suami2 yg curang jgn ingat isteri xtau yek.

Alkisahnya aritu aku sentap dengan dia. Berderet2 la sms dia pada aku...kutuk aku mcm2. Aduhhh...mmg saiko betul mamat ni. Dia yg buat salah, dia pusing balik kat aku...aku pulak jd confuse..."aku ke yg bersalah?"...ishhh....saiko ni...saiko...jgn terpedaya.

Tengahari tu aku minta izin nak keluar makan dengan mber ofis. Baik tak aku ni?...walaupun merajuk ngan suami, suami kutuk aku mcm2...tp aku tetap hormat dia sbg suami...sob3. Apalagi...sms dia pd aku mcm bola2 api, "ABANG DAH BAGI LESEN BESAR. LEPAS NI KAU NAK PEGI MANA, BUAT APA...LANTAK!..ABG DAH TAK NAK AMBIL TAU..." sob3...sampainya hati.... sebut 'kau' lagi kat aku...kasarnya.....sob3....

Hilang mood, hilang nafsu makan. Kepala ligat pk perangai laki yang xmenentu. Seolah ada orang lain (isteri lain?) yg buat dia jadi begitu...aduhhh hati aku ni, jgnlah mereka2 cerita...

Sampai ke malam aku dan dia senyap...tengok hp, xda mesej...sob3...rasanya diapun mcm tu jugak kot?..he..he...biasalah masing2 ego. Aku tak ego, tapi kecik hati.

Malam tu aku tido nyenyak, malas nak pk...isteri derhaka ke aku?..Aduhh...



11.12.11 TARIKH NIKAH & KAHWIN

111211...Cadangan asal nak nikah pada 11.11.11, tapi xsempat nak kejar. Dokumen nikah xsiap lagi....frust gak waktu tu. Xpalah, pujuk hati sendiri.

Pagi2 lagi aku dah bangun. Inai pun xmerah sangat, inai emergency....malam tu aku boleh merayap lagi dengan cik abg & kawan2 dia lepak makan ikan bakar. Kat umah aku dok sibuk ngan berzanji, tapi pengantin xda...huhu....sengal jer aku ni. Nak wat mcmana, ikut kepala cik abg tu. Mmglah malu kat orang tua & sedara mara....Balik umah dekat kul 12. Mak aku bising, jari tak pakai inai. Member aku janji nak dtg tolong pakaikan, dah tengah malam...aku xnak lah ganggu bini org. So anak buah aku jadi mangsa menumbuk inai tengah2 malam tu...he..he...pakaipun buat syarat. memang aku xberapa suka nak pakai, eee......malu aar. Sudahnya aku tertido...terjaga kul 3. Inaipun dah bersepah2...nasib baik xmerah sangat. Saja....supaya cepat hilang....teruk aku ni kan!

8 pagi member baik aku zaman sekolah dulu dah muncul depan umah. Alahai, terharunya. Rasa bersalah gak aku, disebabkan aku dia terkejar2 nak siapkan sarapan utk laki & anak2 dia. Dia mula pok pek pok pek bila tengok inai aku yg xmerah tu...ahahaa...alaa rilek aar. Dia paksa aku pakai inai yg dia bawak...isskkk...mana sempat. Jap lagi mak andam nak dtg.

Tup2 mak andam datang....brutal gak mak andam aku ni. Suruh aku siap cepat2 dia nak solek. Mula2 mmg rasa pelik, xpenah tengok pulak cara begitu. Dia lumur muka aku dengan ais...sejukkkkk.....pastu nampak mulut dia terkumat kamit baca doa....he..he...hebat gak mak andam aku ni...nampak je brutal.

Monday, May 21, 2012

NAK KAHWIN-AMIK SURAT CERAI DULU! (Suami aku laa...aku still single & available....)

DUDA NAK NIKAH 'ANAK DARA'...ehh..jgn pk bukan2 pulak tengok tanda ekor tu. Umur dekat 40, belum pernah berkahwin @ bernikah...still dipanggil anak dara laaa. ANAK DARA TUA, ANDALUSIA..aduhai..mcm2 gelaran. Ada aku kesah???...huhuhuu...mcmlah buruk sangat bila pompuan umur mcm aku ni xkawin2. Lambat kawin sbb tunggu lelaki Melayu terakhir mcm suami aku ni!...gggrrrr.....

Bukan mudah nak kawin zaman ni! Melayan urusan2 yg banyak songeh...gedebak dedebuk, mcm xcukup masa je. Sempat ke?...tambah pulak bakal suami orang Utara, aku dari Selatan...sana lain pulak ragamnya, negeri aku pun meragam kerenahnya....napa tak seragam?...sbb negeri aku xda sultan?...bawah Agong....ooo.....patutlah org suka nikah kat sempadan jer....eehh, nikah sempadan tu kes poligami. Tapi aku nikah ngan 'duda'...

Untuk menyakinkan aku, cik abg ajak aku ikut dia amik surat cerai kat pejabat agama Bera, Pahang. "Tengok sendiri, bukti abg duda...bukan suami org..."..isskkk....Nak amik surat ceraipun bukan senang. Lama juga, sampai cik abg dah bertukar wajah mcm angry birds...he..he...nyaris tak dia terajang meja kat situ.

Napa?...dorang buat helah, konon xda dalam rekod. Kena amik kat Temerloh pulak...laaa. Aritu call, kata ada kat sini?..tu lah pasal!....Aku cuba sabarkan cik abg, amboi...baran nampak?....ermmmm.....

"Kalau surat nikah saya tak da lagi, mcmana hari tu saya call, org sini cakap dah siap?..Macamana bekas isteri saya boleh bernikah lain?"...dorang berpandangan sesama sendiri. Cehh..berlakon rupanya dorang ni. "Tapi kenapa susah sangat nak bagi surat cerai abg?...entah, abg pun tak tau...." :Nak je abg sound tadi, keje pejabat agama tapi laki pompuan dok gelak2 bercampur2..mcm tu ke pejabat agama?..."...huhu...sabarlah yangggg.

Alhamdulillah. Legaaaa......confirm bakal suami aku ni duda, bukannya suami org. Hilang segala keraguan yg bersarang di kepala. Sekarang fokus aku ialah meneruskan proses selanjutnya...HANTAR BORANG PERMOHONAN BERNIKAH.

Sunday, May 20, 2012

NAK KAHWIN-'MOTOR BESAR'...(besar ke?)

SHARING IS CARING.....ermm...ni nak share la kisah hidup ku bersuamikan lelaki penipu. Bukan nak bukak aib suami, tp wajar jadi panduan. Takpun berhati2 dengan suami begini. Tau kawin je...abis kikis, ditinggalkan dengan seribu helah....

Mungkin Allah sayangkan aku agaknya. Tempoh kahwin tak lama...2 bulan je!....sedih kan...impian nak hidup bahagia melayari alam rumahtangga mcm org lain berkubur sekelip mata. Apapun aku redha...selepas 3 kali buat istikharah, memang jodoh ku xboleh diteruskan lagi.

Aku kenal suami di alam maya. Kenalpun singkat, dia terus ajak kawin. Konon dah tua, bukan budak2 lagi nak bcinta lama2...nanti timbul fitnah, dosa bertambah bila selalu jumpa...ermm...alim gak mamat ni. Akupun pk, mmg betul..benda baik, buat apa dilengah2kan. Dia pun berpelajaran, tau hukum hakam....selama kenal pun dia cakap benda yg baik2 je....x penah dengar dia cakap merapu mcm kebanyakan lelaki sekarang, tu yg aku pk dia lain dari yg lain!...

Beria-ia nak jumpa orang tua aku kat kg...suspen gak, biar betul mamat ni? Melihatkan keberanian dan kesungguhannya, aku redha je lah....mak ayahpun setuju, kira dapat restu orang tua. Mungkin jodoh aku dtg tiba2 mcm ribut. maklumlah jodoh....xboleh nak jangka. Bersangka baik je lah, semoga ianya baik belaka.

Ada duit tak nak kawin?...Abang nak jual motor besar, duit tu nanti buat belanja kawin. Lagipun abang nak tamatkan zaman lone ranger. Taknak naik motor, nak beli keta pulak. Kalau jual adalah dalam 40 ribu. 10 ribu buat hantaran kawin, 10 ribu utk belanja kita ke Australia & urusan dgn kedutaan sana, nak amik anak dia yg kembar dua org tu katanya. Abg nak beli keta besar senang utk budak2 tu...ermmm.

Terharu pulak dengar bila dia sanggup jual motor kesayangannya...kata dialah...aku sendiri tak penah tengok motor besar dia. Kira ni kitaorang mulakan langkah nak buat persiapan kahwin yang dijangka dlm masa terdekat. Kalau boleh nak nikah je katanya..membazir je buat majlis kawin besar2...sanding2 semua bukan tuntutan agama....ermmmm....

Mula2 mmg jadi kecoh juga. Mak aku nak aku kawin ikut adat Melayu. Nanti apa pulak kata org kg?..Tiba2 kawin...ada apa2 ke?...aduhhh...ke situ pulak....Puas gak pujuk mak, dia tetap nak ikut adat. Cik abang ni pulak berkeras xnak...sudahnya aku keras kat tengah2....nak jaga hati dua2, hati aku sapa jaga?....sob3

Beberapa hari lepas tu, tup2 je dia call dengan suara cemas.....motor abg eksiden!...aduhh....sapa bawak?...keluarga angkat yg JB ni punya anak yg bawak, tergolek kat highway. Ni abg tengah diskus ngan dorang.....kang sambung yea....adusss...pening aku pk mcmana ni?....nak jual apa pulak wat belanja kawin?...Malam tu abg bgtau dia kena g Machap....tengok motor kat sana!...ermm...take care....

Abis tu mcmana?..macamana apa?...nak kawin, duit xda?....aduhh....dah gempar nak kawin, tiba2 lak jadi mcm ni...dugaan...dugaan nak kawin......nak kansel, malu nanti...kena usahakan juga sama2 cari duit...

4 pagi dia call bgtau dah sampai JB...ermmm....agak2 nak percaya ke tidak? Kalau tak percaya kang, dia ugut nak bunuh diri lagi mcm aritu. Agaknya kalau biar dia terjun ke laut dgn kereta, xdalah jadi mcm sekarang ekk...hehee...siann aku...dpt laki gila....camnoo?

Tak apalah....dia bersumpah "INI SUMPAH ABG YG TERAKHIR, KALAU ABG TAK KAWIN DGN AYANG...ABG MATI..."...sumpah yerr?....nak jadi sumpah2 kot?